Reka bentuk dan pembangunan Vickers Warwick

Bahagian badan belakang Warwick menunjukkan binaan geodesik menggunakan duralumin. Dipamerkan di Muzium Armstrong & Aviation di Istana Bamburgh.

Warwick direka bagi Kementerian Udara spesifikasi B.1/35 sebagai pengebom berat dwi enjin (menurut piawaian masa itu) setanding dengan Wellington. Tempahan prototaip dibatalkan pada 1936 apabila ia diputuskan untuk menyelaras hanya penggunaan pengebom empat enjin. Vickers-Armstrongs menyiapkan dua prototaip, satu dengan enjin X disejukkan cecair Rolls-Royce Vulture - ditarik kembali kerana masaalah penyejukan enjin - dan enjin penyejuk udara Pratt & Whitney Double Wasp.

Warwick menggunakan binaan kerangka geodesik Barnes Wallis yang dipelopori oleh pesawat Wellesley dan Wellington. Dalam sistem ini, jaringan bahagian struktur berpalang dibuat dengan menggunakan duralumin dan diselitupi fabrik rangka wayar. Babanan dibahagikan antara struktur, memberikan gandaan sekiranya berlaku kerosakan, tetapi meningkatkan kesulitan pembinaan. Jumlah penuh 219 Warwick Mark I dibina, dengan 95 terakhir mempunyai enjin 2,000 hp (1,500 kW) R-2800-47.